Showing posts with label kisah semangat. Show all posts
Showing posts with label kisah semangat. Show all posts

Friday, May 14, 2010

kifarah....

.

...setelah agak beberapa lama aku 'bertarung nyawa' melawan penyakit ini...(macam dah nazak je bunyinya..nau'zubillah...)alhamdulillah...aku bagaikan mendapat hidup baru...bile dah sakit ni baru tau betapa nikmatnya hidup sihat tanpa penyakit..n beharganya setiap detik utuk kita kecapi hidup yg senang lenang.ati gembira..(sila baca dlm istilah sihat tubuh badan..tiada kait mengait ngan senang leng sbb kaya harta yek!)
kalau ikutkan aku dah kuar masuk hospital nak dkat 6 kali..doktor hospital tu pon dah jemu tegok muka aku..aku plak dah gelar doktor tu 'kapten boleh'!penah jugak sampai satu tahap aku dah jadik drug addict coz by ubat2 yg hospital bg...yelah mane taknye..tiap2 kali aku masuk hospital mesti tuju emergency room terus..n doc pon injectla morfin kat aku supaya aku tak menggelupur kesakitan..(ini kenyataan yek!)sampai doc pon dah tak layan nak bg aku ubat thn sakit...terngiang2 kat telinga aku ni...doc kate"pain killer is not suppose to take for the long term!!"so nak wat camne...aku pon thn jelah selagi bole...dan buat pengetahuan semua..tiada ubat yg khusus utk aku punye sakit ni melainkan'pain killer'taukan pain killer tu bole menyebabkan sakit lain?
so aku pon tanak amek risiko...
sehingalah..seseorang datang padaku...(ayatt...klako!)mencadangkan suh wat rawatan melalui homeopathy kat sg rengit d pengerang kat johor...dan.dalam keadaan aku yg mase tu bole jugak la dikatakan agak darurat..aku pon ikut jela...
di pendekkan cerita...prof kat homeopathy tu kate aku punye kes ni dah bole d katakan kritikal..aku pon serah jela sume pd yg pakar...(pihak homeopathy tula...)
yg aku sgt kagum n terkejutnye...dlm masa seminggu perubahan amat drastik!prof n pihak klinik tu pon agak terkejut...dgn perubahan n keputusan graf..aku pon apalagi...sagat yakinla ngan rawatan homeopathy ni..mungkin sgt serasi....yg paling best..tak perlu belah2(operate)..ubat pon sentiasa berubah2 mengikut prestasi tubuh badan kita..setiap hari amek darah..(yg kat ujung tgn tu je...)pagi n petang...setiap kali amek darah ubat kite akan turut bertukar..paling aku suka time injection yg d berikan pihak klinik.sbb aku dapat merasakan perubahan yg amat ketara berbanding ubat minum...sehinggakan aku lebih suke utk d inject dr minum..kesannya amat cepat...
tapi besela kalau badan dah sehat sikit..nak balekla jawapnya...
tapi prof tak benarkan lag..sehinggala aku bertahan sampa hari yg ke 13..aku rasakan agak lama tu..mcm pikir..bil,anak2,suami..mak abah adik yg tlg jaga anak2 kat kuantan tu...
buat pengetahuan semua jugak..mase aku dah balek ni..tinggal sikittttt je lagi bahagian yg bermasalah tu nak pulih seperti sediakala...tapi bile mengenangkan bil agak n sanagt tinggi..aku peja mata je..amek keputusan nak balek!!
aku pon semnarnye tak sabar jugak nak tunjuk graf n keputusan dr klinik homeopathy kepada prof aku yg satu lagi..pakar kolon dr u.i.a...kalau ikutkan..kalau akau pegi wat rawatan seterusya maybe aku dah kene belah2...so..agak bernaseb baik jugakala.aku jumpe homeopathy ni...
so skang aku amat bersyukur pada ALLAH kerana bg peluang skali lagi utk aku hidup sihat seperti sedia kala...aminnnn...
aku juga berharap n sentiasa berdoa agar kesihatanku semakin baik dan terus baik....amennn....
kat sini aku hanay bole kongsi n bg tau...JAGALAH N HARGAILA TUBUH BADAN ANDA SELAGI N MASIH SIHAT INI...JAGALAH PEMAKANAN ANDA N BNYAKKAN MINUM AIR!!..;)

Monday, April 19, 2010

berat mata memandang..berat lagi bahu yg memikul...


Salam 4 all...
sedang saya duk membaca blog2 yg lazat utk dibaca..saya terbaca ini dari http://perempuanjomblo.blogspot.com/ dan saya merasa terpanggil utk berkongsi dgn readers yg lain pasal cerita sedih ini..
semoga baby ini cepat sembuh...sedih saya membacanya...menitis air mata....sbb tak tertanggung rasa nya utk baby berusia 3 bulan utk semua kesakitan itu...

Saya Rohaiza Bte Ishak. Saya merupakan guru Kemahiran Hidup di MRSM Muar. Tujuan saya menulis email ini ialah untuk memohon belas kasihan dari pembaca kerana anak kedua saya yang bernama NurHannah Bte Mohamed Helmi berusia 3 bulan tidak sihat.

Ketika bersalin, anak saya lemas kerana tali pusat keluar lebih kurang 40 minit sebelum saya bersalin. Ini menyebabkan anak saya lemas kerana tidak mendapat oksigen kerana tali pusat sudah terkeluar.
Apabila doctor scan (MRI) otak anak saya, doctor menyatakan bahawa anak saya terencat akal kerana sel-sel otak telah mati kerana kekurangan oksigen. Hanya Allah yang tahu apa yang saya rasa ketika itu.
Kaki bagaikan tidak jejak ke bumi. Muka saya pucat bagaikan tiada darah lagi. Hampir 3 minggu saya mengambil masa untuk terima hakikat apa yang doctor terangkan mengenai anak saya. Hari-hari saya menangis. Saya rasakan hati saya kosong.


Selepas 3 minggu saya cuba berkongsi masalah dengan teman sekerja. Semangat saya mula datang apabila ada rakan yang mengalami situasi yang sama seperti saya iaitu anak mereka lemas ketika bersalin. Doktor juga menyatakan anak mereka terencat akal. Tetapi kuasa Allah mengatasi segalanya dan anak mereka alhamdulillah sihat. Tetapi saya akui bahawa saya hanya insan yang lemah. Kadang-kadang saya kuat, kadang-kadang saya lemah sangat.


Rakan menasihati saya agar perbanyakkan solat hajat, baca yassin dan bersedekah. Alhamdulillah. Saya melakukan semua nasihat yang mereka berikan. Perkembangan terbaru tentang anak saya ialah dia masih lagi belum boleh menghisap dan menelan. Minum susu menggunakan tiub yang dimasukkan terus ke perut. Suction machine pula digunakan untuk menyedut air liur kerana anak masih tidak boleh menelan.


2 minggu lepas anak dimasukkan ke hospital kerana jangkitan kuman pada paru2. Ketika itu keadaan anak terlalu lemah menyebabkan doctor sukar mencari urat anak. Pilihan kedua ialah masukkan line hingga ke tulang.


Sekali lagi anak saya diduga iaitu selepas 3 hari kaki anak bengkak. Apabila doctor buat x-ray, rupanya kaki anak saya patah kerana dicucuk ketika memasukkan line.Pergerakan anak saya tidak seaktif bayi kerana kesan kurangnya oksigen di otak ..tambahan pula kaki kanan anak bersimen.
Hanya Allah tempat saya mengadu. Jika boleh, biarlah saya yang menanggung semua kesakitan itu, bukan anak saya yang berumur 3 bulan. Minum guna tiub, tak tahu menelan…kaki pula bersimen.
Kalian bayangkanlah bagaimana perasaan seorang ibu yang menjaga janin dalam kandungan bagaikan menatang minyak yang penuh. Tetapi selepas lahir, begitu besar ujian untuk anak saya.Terus terang saya katakan bahawa ini adalah ujian yang maha-maha besar dalam hidup saya. Saya bersyukur kerana Allah menguji saya kerana Dia sayangkan saya dan anak.


Dikesempatan ini saya memohon, merayu dan menagih simpati agar kalian dapat meluangkan masa untuk melakukan sembahyang hajat agar kesihatan anak saya pulih dan jauhkanlah anak saya dari sebarang kecacatan.


Andainya terlalu berat permintaan saya, bacakanlah Al-Fatihah. Jika permintaan ini juga berat, cukuplah kalian mengucapkan INSYAALLAHagar anak saya sihat, dijauhkan dari kecacatn dan dipulihkan kerosakan pada otaknya. Mudah-mudahan dengan keikhlasan kalian, doa kalian dimakbulkan. Hanya Allah yang mampu membalas budi kalian.


Saya juga memohon agar kalian dapat forwardkan email ini kepda rakan-rakan kalian agar dapat membantu anak saya. Kesihanilah anak saya kerana dia terlalu kecil untuk memahami erti kesakitan. Jika ada nasihat, pengalaman dan ilmu..emailkanlah kepada

sayarozex_3056@yahoo.com.my<http://us.mc761.mail.yahoo.com/mc/compose?to=rozex_3056@yahoo.com.my> . Di sini saya sertakan panduan sembahyang hajat. Mudah-mudahan bolehlah kalian amalkan jika ingin memohon sesuatu hajat. Percaya dan yakinlah bahawa Allah maha mendengar doa dari hambaNya.

Solat Hajat
1) Niat Ushalli sunnatal hajati rak’ataini lillaahi ta’aala.
2) Tiap-tiap 2 rakaat sesudah membaca al-fatihah, baca Ayat kursi 1x, dan Kul huallah huahad sebanyak 1x.
3) Sehabis salam yang terakhir, sujud semula. teruslah meminta hajat kepada Allah dengan khusyuk.Insyaallah Allah makbulkan.


Ayat Kursi
Allahu laa ilaaha illaa huwal hayyl qayuum, la tak khu-dzuhuu sinataunw walaa naw-um, lahuu maa fis samawaati wamaa fil-ardhi, man dzal-la-dzii yasy-fa-‘u indahuu illaa bi-idz-nihii, ya’-lamu maa bayna aydiihim, wamaa khal-fahum walaa yuhii-thuuna bi-syai-inm min’ilmihii illa bimaa syaa-a, wasi-‘a kursiy-yuhus samaawaati wal-ar-dha, walaa ya-uu-duhuu hifzhuhumaa wahuwal ‘aliy-yul azhim.
Gambar ini diambil pada hari ke-2 kelahiran Hana. Waktu ini Hana di ICU nursery. Hana bernafas menggunakan mesin kerana ketika lahir, denyutan jantung sudah terhenti. Doktor melakukan CPR untuk mendapatkan semula nyawa Hana. Allah Maha Berkuasa. Alhamdulillah.



Ini gambar 2 minggu lepas ketika di wad knk2 tiba2 pernafasan Hana laju. Doktor memberi saya 2 pilihan. Pilihan pertama untuk mendakap Hana buat saat terakhir kerana Hana terlalu sukar bernafas. Pilihan kedua pula ialah masuk ke ICU dan memasukkan kembali tiub pernafasan. Doktor menerangkan jika tiub sukar di masukkan ke mulut, mereka akan masukkan melalui leher dengan menebuk leher Hana. Dengan kuasa Allah tiub berjaya dimasukkan melalui mulut.

Ini gambar ketika Hana dimasukkan ke ICU selepas tiub pernafasan dimasukkan melalui mulut. Hanya air mata saya yang menemani Hana ketika di ICU kerana saya tidak dibenarkan menjaga Hana ketika di ICU.


Ini gambar selepas kaki Hana disimen. Tiub di mulut Hana digunakan untuk menyusu. Belum lagi pandai menghisap, kaki pula patah. Alhamdulillah atas ujian yang diberikan. Saya redha.


Saya berharap dengan melihat gambar Hana, lahirlah sedikit simpati dari kalian. Cuma doa yang saya pohon dari kalian agar Hana boleh membesar seperti kanak-kanak yang sempurna. Jauhkanlah Hana dari kecacatan.


Mudah-mudahan Allah gantikan sel yang rosak di otak Hana dengan sel yang baru dan dipilih di kalangan sel yang terbaik untuk Hana. Inilah doa yang tiap kali saya baca setiap sujud yang terakhir, setiap kali lepas solat fardu dan solat hajat.


Mudah-mudahan Allah makbulkan segala doa dan Allah berkati segala usaha saya. Selebihnya saya bertawakal. Amin

Sunday, March 28, 2010

im back!

adoii..berkulat2 dah agaknye blog ni kan..maapla...setelah sekian lama aku meninggalkan dunia membloggingku ini..atas faktor tertentu...maka tak berhapdetla blog ini...
so skang aku kembali utk memeriahkan lg dunia bloging ni haaa...taraaa...(agak lambat!)

Tuesday, November 10, 2009

semangat weih...

hmm..maafla kalu 2 3 minggu ni blogku takterapdet ngan konsisten..bukan tadek semangat nak berblog..tapi semangat dah tumpah ke bende lain wat mase ni..temporary replace daa...2 3 minggu ni jugakla agak bz dan getir mengenangkan ape yg aku wat ni sgt2la bole d katakan gile...or luar biasa...sbb aku mmg nak sgt jadik luar biasa..sebelum ni aku rasa aku biasa2 je...jumpe lg dgn cite2 baru pd lain waktu ye...terima kasih kerana mengunjungi blog yg tahhape2 ni..!!caiyok!!!korang yg berbelog tu..jgn tatau aku mmg mengikuti blog2 korang..aku je yg takterapdet blog tahhape2 ni..!!

Saturday, October 31, 2009

alangkah bahagianyaa..

..hmmmm alangkah bahagianyaaa kalau hari2 mcm ni..bersemangat sokmo.setle sume kije pd awal pagi..taklah tergopoh gapah..ngehngehhhh....;p

Thursday, October 15, 2009

exam oh exam...


alahai..berdebarnye umi..isnin ni exam last year...baru dapat jadual periksa dr cikgunye....(bukan aku yg exam,padehal anak aku..)ye la...takut gak mendela die jawapnye nanti atas kertas2 exam tu...jgn d lukis org lidi udahla bang...
same2 la kite doa semoga die dapat jawap nga baik sekali..ameeen...ibu manela tak risau..kannn?kann?

Saturday, October 10, 2009

clumsy day...

vitamin2 mereka...(tinggi beno simpan..,kalu tidak selamat daa)

.....hmm..pagi2 dah clumsy,rushing n sewaktu dgnnye...pembuka hariku jadik clumsy ni sape lg kalu askar2ku ini...(anak oh anak....)hmm..besela ngan anak2 ni kene sabar bertenang sket...kalula aku bole tepek kat sini dgn livenye mcm mane berlangsung dgn jaya nya hari aku hari ni...(erk..korang paham ke?apa yg berlaku ni...waaaa...yg pasti aku sgt kalam kabut hari ini!!!!!!!!!!!)mlm kang nak g dinner kat the mines...bju tadok lg....nak theme colour merah itam..aku tadok bju lain doh kale tu...nak siap packing brg lag...walaupon balek ari...kang lambat2 kene tinggal..maklumla naik ngan aorg..anak2 mungkin aku kene anto dorang kat pengasuhla..hubby kije siang..kalam kabutnye...dgn anak2 nu merengek2 nak vitamin yg d sangkut babahnye kat atas pintu tu..(kalu tak sangkut abes 1 botol wat mkn mcm gule2...bukan bule percaye pon dorang ni..terutama yg kecik tu c ahmad tu!)dgn umah tak kemas lg..kain tak bersidai lg...aaaa..patut ke aku bg tau korang semua ini!?just wanna share...hanya utk tatapan umum ye..tadek berkenaan ngan yg idup atau pon yg telah tiada...waaaa...mcm mane ni!!!!!(kalam kabut pon ade mase lg nak bloggin ek!?)nak kasik bertenang je ni semenanye...hahaaa...nggeee..



hishh...takpe2..bawak2 bertenang ye azira...tarik nafasss...lepas....haa..takpe..kang pegi umah mak..belek2 lemari adik aku..tgk2 sket mane yg sesuai...(maklumlah..bdn dah slim skit skang ni..bolela nak selongkar lemari die...huahahaha...sori ye yana...)


Wednesday, October 7, 2009

still berkebolehan+semangat..

still dpt order dr regular cstomer..lina(umah bawah)die ingat aku dah tak biz kek..sebbab die kate tak nampak dah banner kat pagar..hehehee..saje je aku cabutkan..bile die dapat tau aku still lg menjalankan perniagaanku itu..terus je esok tu die col nak kek katun sebiji..kali ni die tempah utk bebudak seklah tadika anak die mungkin..nak yg katun2 sesuai utk boy n gul..so aku pon tatau nak lukis gambo ape..aku pon rujukla buku mewarna anak2 aku..terjumpe la ini katun..okla kot...(sori ye lina..katun walt disney buku2nye dah takde..)nasib baik semangat datangg...hehehee....

taraaa..da siap...



ni time nak ratakan colour die kasik full sume hole yg ade...hmmm ni pon mencabar jugak..tang ni misti mau sabar..

nampak tak buku katun belakang tu..haaa itula rujukan aku...


time nak draw2 ni kene fokus sket..tgn misti smooth je pergerakan die..nasib baik tak keras lg tgn aku ni...mencabar sket...

ade semangat tak ari ni?

...kuatkanla semangat mu ari ini wahai azira weih....semangat!semangat!apo bondola tuh....ngehngeh..