Showing posts with label indahnya hidup bersyariat. Show all posts
Showing posts with label indahnya hidup bersyariat. Show all posts

Friday, May 14, 2010

kifarah....

.

...setelah agak beberapa lama aku 'bertarung nyawa' melawan penyakit ini...(macam dah nazak je bunyinya..nau'zubillah...)alhamdulillah...aku bagaikan mendapat hidup baru...bile dah sakit ni baru tau betapa nikmatnya hidup sihat tanpa penyakit..n beharganya setiap detik utuk kita kecapi hidup yg senang lenang.ati gembira..(sila baca dlm istilah sihat tubuh badan..tiada kait mengait ngan senang leng sbb kaya harta yek!)
kalau ikutkan aku dah kuar masuk hospital nak dkat 6 kali..doktor hospital tu pon dah jemu tegok muka aku..aku plak dah gelar doktor tu 'kapten boleh'!penah jugak sampai satu tahap aku dah jadik drug addict coz by ubat2 yg hospital bg...yelah mane taknye..tiap2 kali aku masuk hospital mesti tuju emergency room terus..n doc pon injectla morfin kat aku supaya aku tak menggelupur kesakitan..(ini kenyataan yek!)sampai doc pon dah tak layan nak bg aku ubat thn sakit...terngiang2 kat telinga aku ni...doc kate"pain killer is not suppose to take for the long term!!"so nak wat camne...aku pon thn jelah selagi bole...dan buat pengetahuan semua..tiada ubat yg khusus utk aku punye sakit ni melainkan'pain killer'taukan pain killer tu bole menyebabkan sakit lain?
so aku pon tanak amek risiko...
sehingalah..seseorang datang padaku...(ayatt...klako!)mencadangkan suh wat rawatan melalui homeopathy kat sg rengit d pengerang kat johor...dan.dalam keadaan aku yg mase tu bole jugak la dikatakan agak darurat..aku pon ikut jela...
di pendekkan cerita...prof kat homeopathy tu kate aku punye kes ni dah bole d katakan kritikal..aku pon serah jela sume pd yg pakar...(pihak homeopathy tula...)
yg aku sgt kagum n terkejutnye...dlm masa seminggu perubahan amat drastik!prof n pihak klinik tu pon agak terkejut...dgn perubahan n keputusan graf..aku pon apalagi...sagat yakinla ngan rawatan homeopathy ni..mungkin sgt serasi....yg paling best..tak perlu belah2(operate)..ubat pon sentiasa berubah2 mengikut prestasi tubuh badan kita..setiap hari amek darah..(yg kat ujung tgn tu je...)pagi n petang...setiap kali amek darah ubat kite akan turut bertukar..paling aku suka time injection yg d berikan pihak klinik.sbb aku dapat merasakan perubahan yg amat ketara berbanding ubat minum...sehinggakan aku lebih suke utk d inject dr minum..kesannya amat cepat...
tapi besela kalau badan dah sehat sikit..nak balekla jawapnya...
tapi prof tak benarkan lag..sehinggala aku bertahan sampa hari yg ke 13..aku rasakan agak lama tu..mcm pikir..bil,anak2,suami..mak abah adik yg tlg jaga anak2 kat kuantan tu...
buat pengetahuan semua jugak..mase aku dah balek ni..tinggal sikittttt je lagi bahagian yg bermasalah tu nak pulih seperti sediakala...tapi bile mengenangkan bil agak n sanagt tinggi..aku peja mata je..amek keputusan nak balek!!
aku pon semnarnye tak sabar jugak nak tunjuk graf n keputusan dr klinik homeopathy kepada prof aku yg satu lagi..pakar kolon dr u.i.a...kalau ikutkan..kalau akau pegi wat rawatan seterusya maybe aku dah kene belah2...so..agak bernaseb baik jugakala.aku jumpe homeopathy ni...
so skang aku amat bersyukur pada ALLAH kerana bg peluang skali lagi utk aku hidup sihat seperti sedia kala...aminnnn...
aku juga berharap n sentiasa berdoa agar kesihatanku semakin baik dan terus baik....amennn....
kat sini aku hanay bole kongsi n bg tau...JAGALAH N HARGAILA TUBUH BADAN ANDA SELAGI N MASIH SIHAT INI...JAGALAH PEMAKANAN ANDA N BNYAKKAN MINUM AIR!!..;)

Monday, April 19, 2010

ziarah menziarahi amalan mulia...;)

kali ni cite pasal aku pi k.l baru ni n berpeluang singgah ke rumah bekas seniorku semasa sekolah agama al-ihsan dulu...(dulu sgt ke?..hehhee..)kebetula pd esokan harinya aku ade appoiment kat h.u.k.m so berpeluangla singgah n sambil menziarahi sahabat lamalaa kira..kak yanti n abg amin(ahli anggota kumpulan nasheed inteam)terima kaseh nak ucap pd kak yanti sekeluarga sbb sudi layan kami dlm kesibukan mereka seharian bekerja..bila pk2 mcm tak patut plak..hehehee..tapi naseb baik kak yanti n abg amin sporting.ape2 pon mmg bestla..sb kak yanti wat mi kari yg sedap(peveret i pon..)

ni hadiah yg kak yanti n abg amin bg...tqla kak yanti n abg amin..tak lupe inteam records sdn bhd..album dorang sgt best...tak jemu kami dgr...

halwa telinga yg best..

ni anak dara kak yanti n abg amin...yg pd mulanya agak malu2 miau..tapi...bila dah start mesra...hmmm omeh skali! dofa..dofa...

inilah si gedik umi n babah...time ni bawak die sorang je..sbb abg skolah...sian abg..

main tak berenti2...

ni mkn time...hmmmm nyumnyummm....mi kari ada,karipap ade...mcm2 kak yanti buat...

ni time kat dapo.marah kak yanti tangkap gambo die kat dapo...katenye segan sbb dapo sepah...bg saye takde sepahnya..tunjuk je dapo yg org rajin masak...barulah saye pon bersemangat nak masak sedap2 mcm kak yanti masak...heheh...

time potong kek...seronok bebudak ni...terutamanya si dofa n abg afnan tu...

si cerah n si gelap..segan plak sbb kak yanti comey je putih gebu gitu....euww...

ntah ape2 yg kami borakkan tu...

*p/s:wat kak yanti sekeluarga nanti jemputla dtg ke seberah(beserah)pulak ye..bak kata ahmad...n sape2 nak dtg kerumah saya jemputla jgn segan2..;)

berat mata memandang..berat lagi bahu yg memikul...


Salam 4 all...
sedang saya duk membaca blog2 yg lazat utk dibaca..saya terbaca ini dari http://perempuanjomblo.blogspot.com/ dan saya merasa terpanggil utk berkongsi dgn readers yg lain pasal cerita sedih ini..
semoga baby ini cepat sembuh...sedih saya membacanya...menitis air mata....sbb tak tertanggung rasa nya utk baby berusia 3 bulan utk semua kesakitan itu...

Saya Rohaiza Bte Ishak. Saya merupakan guru Kemahiran Hidup di MRSM Muar. Tujuan saya menulis email ini ialah untuk memohon belas kasihan dari pembaca kerana anak kedua saya yang bernama NurHannah Bte Mohamed Helmi berusia 3 bulan tidak sihat.

Ketika bersalin, anak saya lemas kerana tali pusat keluar lebih kurang 40 minit sebelum saya bersalin. Ini menyebabkan anak saya lemas kerana tidak mendapat oksigen kerana tali pusat sudah terkeluar.
Apabila doctor scan (MRI) otak anak saya, doctor menyatakan bahawa anak saya terencat akal kerana sel-sel otak telah mati kerana kekurangan oksigen. Hanya Allah yang tahu apa yang saya rasa ketika itu.
Kaki bagaikan tidak jejak ke bumi. Muka saya pucat bagaikan tiada darah lagi. Hampir 3 minggu saya mengambil masa untuk terima hakikat apa yang doctor terangkan mengenai anak saya. Hari-hari saya menangis. Saya rasakan hati saya kosong.


Selepas 3 minggu saya cuba berkongsi masalah dengan teman sekerja. Semangat saya mula datang apabila ada rakan yang mengalami situasi yang sama seperti saya iaitu anak mereka lemas ketika bersalin. Doktor juga menyatakan anak mereka terencat akal. Tetapi kuasa Allah mengatasi segalanya dan anak mereka alhamdulillah sihat. Tetapi saya akui bahawa saya hanya insan yang lemah. Kadang-kadang saya kuat, kadang-kadang saya lemah sangat.


Rakan menasihati saya agar perbanyakkan solat hajat, baca yassin dan bersedekah. Alhamdulillah. Saya melakukan semua nasihat yang mereka berikan. Perkembangan terbaru tentang anak saya ialah dia masih lagi belum boleh menghisap dan menelan. Minum susu menggunakan tiub yang dimasukkan terus ke perut. Suction machine pula digunakan untuk menyedut air liur kerana anak masih tidak boleh menelan.


2 minggu lepas anak dimasukkan ke hospital kerana jangkitan kuman pada paru2. Ketika itu keadaan anak terlalu lemah menyebabkan doctor sukar mencari urat anak. Pilihan kedua ialah masukkan line hingga ke tulang.


Sekali lagi anak saya diduga iaitu selepas 3 hari kaki anak bengkak. Apabila doctor buat x-ray, rupanya kaki anak saya patah kerana dicucuk ketika memasukkan line.Pergerakan anak saya tidak seaktif bayi kerana kesan kurangnya oksigen di otak ..tambahan pula kaki kanan anak bersimen.
Hanya Allah tempat saya mengadu. Jika boleh, biarlah saya yang menanggung semua kesakitan itu, bukan anak saya yang berumur 3 bulan. Minum guna tiub, tak tahu menelan…kaki pula bersimen.
Kalian bayangkanlah bagaimana perasaan seorang ibu yang menjaga janin dalam kandungan bagaikan menatang minyak yang penuh. Tetapi selepas lahir, begitu besar ujian untuk anak saya.Terus terang saya katakan bahawa ini adalah ujian yang maha-maha besar dalam hidup saya. Saya bersyukur kerana Allah menguji saya kerana Dia sayangkan saya dan anak.


Dikesempatan ini saya memohon, merayu dan menagih simpati agar kalian dapat meluangkan masa untuk melakukan sembahyang hajat agar kesihatan anak saya pulih dan jauhkanlah anak saya dari sebarang kecacatan.


Andainya terlalu berat permintaan saya, bacakanlah Al-Fatihah. Jika permintaan ini juga berat, cukuplah kalian mengucapkan INSYAALLAHagar anak saya sihat, dijauhkan dari kecacatn dan dipulihkan kerosakan pada otaknya. Mudah-mudahan dengan keikhlasan kalian, doa kalian dimakbulkan. Hanya Allah yang mampu membalas budi kalian.


Saya juga memohon agar kalian dapat forwardkan email ini kepda rakan-rakan kalian agar dapat membantu anak saya. Kesihanilah anak saya kerana dia terlalu kecil untuk memahami erti kesakitan. Jika ada nasihat, pengalaman dan ilmu..emailkanlah kepada

sayarozex_3056@yahoo.com.my<http://us.mc761.mail.yahoo.com/mc/compose?to=rozex_3056@yahoo.com.my> . Di sini saya sertakan panduan sembahyang hajat. Mudah-mudahan bolehlah kalian amalkan jika ingin memohon sesuatu hajat. Percaya dan yakinlah bahawa Allah maha mendengar doa dari hambaNya.

Solat Hajat
1) Niat Ushalli sunnatal hajati rak’ataini lillaahi ta’aala.
2) Tiap-tiap 2 rakaat sesudah membaca al-fatihah, baca Ayat kursi 1x, dan Kul huallah huahad sebanyak 1x.
3) Sehabis salam yang terakhir, sujud semula. teruslah meminta hajat kepada Allah dengan khusyuk.Insyaallah Allah makbulkan.


Ayat Kursi
Allahu laa ilaaha illaa huwal hayyl qayuum, la tak khu-dzuhuu sinataunw walaa naw-um, lahuu maa fis samawaati wamaa fil-ardhi, man dzal-la-dzii yasy-fa-‘u indahuu illaa bi-idz-nihii, ya’-lamu maa bayna aydiihim, wamaa khal-fahum walaa yuhii-thuuna bi-syai-inm min’ilmihii illa bimaa syaa-a, wasi-‘a kursiy-yuhus samaawaati wal-ar-dha, walaa ya-uu-duhuu hifzhuhumaa wahuwal ‘aliy-yul azhim.
Gambar ini diambil pada hari ke-2 kelahiran Hana. Waktu ini Hana di ICU nursery. Hana bernafas menggunakan mesin kerana ketika lahir, denyutan jantung sudah terhenti. Doktor melakukan CPR untuk mendapatkan semula nyawa Hana. Allah Maha Berkuasa. Alhamdulillah.



Ini gambar 2 minggu lepas ketika di wad knk2 tiba2 pernafasan Hana laju. Doktor memberi saya 2 pilihan. Pilihan pertama untuk mendakap Hana buat saat terakhir kerana Hana terlalu sukar bernafas. Pilihan kedua pula ialah masuk ke ICU dan memasukkan kembali tiub pernafasan. Doktor menerangkan jika tiub sukar di masukkan ke mulut, mereka akan masukkan melalui leher dengan menebuk leher Hana. Dengan kuasa Allah tiub berjaya dimasukkan melalui mulut.

Ini gambar ketika Hana dimasukkan ke ICU selepas tiub pernafasan dimasukkan melalui mulut. Hanya air mata saya yang menemani Hana ketika di ICU kerana saya tidak dibenarkan menjaga Hana ketika di ICU.


Ini gambar selepas kaki Hana disimen. Tiub di mulut Hana digunakan untuk menyusu. Belum lagi pandai menghisap, kaki pula patah. Alhamdulillah atas ujian yang diberikan. Saya redha.


Saya berharap dengan melihat gambar Hana, lahirlah sedikit simpati dari kalian. Cuma doa yang saya pohon dari kalian agar Hana boleh membesar seperti kanak-kanak yang sempurna. Jauhkanlah Hana dari kecacatan.


Mudah-mudahan Allah gantikan sel yang rosak di otak Hana dengan sel yang baru dan dipilih di kalangan sel yang terbaik untuk Hana. Inilah doa yang tiap kali saya baca setiap sujud yang terakhir, setiap kali lepas solat fardu dan solat hajat.


Mudah-mudahan Allah makbulkan segala doa dan Allah berkati segala usaha saya. Selebihnya saya bertawakal. Amin

Sunday, April 18, 2010

4 perkara untuk sihat...petua imam SHAFIE

4 perkara menguatkan badan

1.makan daging
2.memakai haruman
3.kerapa mandi
4.berpakain dari kapas

4 perkara melemahkan badan

1.banyak berkelamin(bersetubuh)
2.selalu cemas
3.banyak minum air ketika makan
4.banyak makan bahan masam

4 perkara menajamkan mata

1.duduk mengadap kiblat
2.bercelak sebelum tidur
3.memandang yang hijau
4.berpakaian bersih

4 perkara merosakkan mata

1.memandang najis
2.melihat orang dibunuh
3.melihat kemaluan
4.membelakangi kiblat

4 perkara menajamkan fikiran

1.tidak banyak berbual kosong
2.rajin bersugi(gosok gigi)
3.bercakap dengan org soleh
4.bergaul dengan para ulama...

~;)~

Saturday, April 17, 2010

kenapa?

assalamaualaikum...pertama2nya maaf kerana macm kebesaan sebelum ni..mood utk memblogging dlm blog ni kureng aktif atas faktor ntah ape2nye aku iniiii..huhuhuu...kenapa ek?ntahla aku pon tak pasti apa jawapannya...


takpe2 abaikan..kali ini aku cume ingin berkongsi mengenai "kenapa"yg membelenggu kpala otak ku ini...kenapa manusia skang mudah lupa?
kenapa manusia skang kufur nikmat?
kenapa manusia lupa janji?
kenapa manusia susah pegang amanah?
kenapa manusia bole berkompromi ngan hukum islam?
kenapa manusia skang belajar tinggi cerdik pandai tapi smenarnya 'bodoh'?
anda bagaimana?
bila mengenangkan sekarang sgt banyak perkara2 yg menghampiri kiamat tapi adakah kita sedar ataupon tidak?peringatan juga buat diriku sendiri..bila dlm kesusahan barula kita ingat DIA..bila senang lupa..kengkadang kita boleh jadi yg sgt baik kepade ALLAH tapi bukan kerana ALLAH..tapi sbb seseorang...kenapa juga org yg baik..blajar cerdik pandai..tapi derhaka kpd ibu bapa dlm diam,tanpa dia sedari...menjadikan ibu bapa sebagai hamba,hamba cucu,hamba perasaan...adakah mereka sedar?duit tak menjaminkan segalanya...
kenapa perlu kita bermewah2?pakai baju ribu riban..mahal harganya perlukah itu?apakah tujuannya..sedangkan RASULULLAH..sendiri hanya memakai pakain drpd guni?adakah kita kufur nikmat?
kenapa kita boleh dan sentiasa berkompromi dgn hukum ALLAH?
hanya berkongsi cerita dan pendapat...
moga2 kita menjadi seorang yg lebih baik..sentiasa bersyukur dgn nikmat ALLAH...jgn hanya berserah kpd takdir....
kenapa nak salahkan takdir?????
berusahalah kita untk menjadi insan dan hamba yg baik...amennn.....

salam ukhwah buat semua...;)

Saturday, January 2, 2010

salam tahun baru....

sedar tak sedar thn baru dah pon menjelma...dalam keasyikan meniti hari2 yg mendatang aku mmg tak sedar ttg 2010..padehal dah dapat msg dr seorang sahabat mendoakan ttg kebahagiaan dan limpah rahmat dr tuhan utkku,,,alhamdulillah masih ada sahabat yg sudi utk mendoakan kebahagiaan utk diri ini...terima kasihla wahai sahabat...moga kita menjadi sahabat dunia akhirat...ameen...
kat sini aku nak berkongsi dgn semua pembaca blog aku ni...ape yg didoakan oleh sahabat aku ni...berkongsi je..dan aku pon berniat juga doa ini utk korang...

Ya ALLAH,di ambang tahun baru ini,Kau muliakanlah dan sayangi saudaraku ini,bahagiakanlah keluarganya,sihatkanla tubuh badannya,berkatilah rezekinya,kuatkanlah imannya,berikanlah kenikmatan ibadahnya danjauhkan dirinyadari fitnah dunia.Amin Ya ALLAH amin...

SELAMAT MENYAMBUT TAHUN BARU 2010

*MOGA KITA SEMUA DAPAT MENJALANI 2010 DGN LEBIH BAIK DR THN2 YG SEBELUMNYA...*

Friday, December 18, 2009

Mas kawen gadis Selangor...


Duit hantaran ialah belanja kenduri kahwin.Duit mas kahwin ialah hadiah untuk isteri.
Mas kahwin itu hak isteri.
Duit hantaran lapan ribu ringgit boleh bagi, takkan RM300 tak boleh bagi kot. Bagi lebih sikit pada isteri apa salahnya.Kan?
Cakap pasal duit hantaran (duit belanja kenduri kahwin):
Mentaliti orang Islam di Tanah Melayu: Kalau nak buat kenduri mesti nak buat yang grand, atas alasan nak jaga air muka supaya rasa tak ketinggalan.Atau
"Seumur hidup sekali, apa salahnya"Kau yakin seumur hidup kau kahwin sekali?Dan.
cakap pasal Mas Kahwin (hadiah kepada isteri):Rasulullah SAW pernah kata yang mana mafhumnya Mas kahwin yang paling sedikit akan memberkati perkahwinan.Jadi, pendapat aku:
Nak dibandingkan dengan RM8888.88 dengan RM300, sikit lagi RM300 tu.Sekali lagi:
Mas kahwin adalah hadiah untuk isteri.Buat apa nak berkira sangat.Duit bukan boleh bawak mati.
Korang ni kecoh saje memanjang.Asyik nak membangkang.
Nyampah gile.

Saturday, November 28, 2009

salam eiduladha..

salam eiduladha buat seluruh umat islam yg mengenali diri ini..semoga segala pengorbanan kita selama ini..penuh bermakna...

Monday, October 26, 2009

lebih baik atau tak?mane satu?

ni ha..nak cite pasal amalan bercukur rambut kpd bayi2 yg baru lahir?ape hukumnye kalu tak cukur n bercukur serta manfaat yg kita dpt drpd hikmah bercukur tu?
pd pengetahuan aku..dah mmg sahih rambut bayi yg baru lahir tu..asalnye memangla kotor..yelah ape tak kotornye..cube bayangkan dr awal tumbesaran janin dlm rahim..ade mende2 lain lg bersamanya hingga ia keluar dr rahim..walaupon anak itu perempuan sekalipon..kenela cukur jugak.jgn sbb kata "..sayang sbb anak pompuan nanti tak cantik..."nyampah gak kengkadang dgr alasan gini..yg tak patut nak ikut sgt...yg patut tanak ikut plak...sedia maklum n terang dan menurut Ibn al- Qayyim,amalan ini akan meningkatkan tahap kesihatan anak tadi,membuka selaput kepala dan mempertajamkan daya penglihatan,pendengaran dan deria bau..rasulullah..pon dah kata mende tu sunat..amalan adat boleh ikut..yg sunat pula bagaimana?same2la kite renungkan ye...x rugi pon..pahale lg berganda..anak pon cerdik!kalu tak percaya buatla..
***ape nak kisah..patah tumbuh hilang berganti..ape sgtla ngan rambut..